Selasa, 30 Ogos 2016

JOM KEMAS BEG HOSPITAL

Assalamualaikum & hai semua mommies :)


Alhamdulillah. Baby sekarang dah 8 bulan++ @ 32weeks++. Nurse cakap anytime pun baby boleh keluar. Kepala pun dah engage. Ummi telan air liur masa dengar. Haaah? Dah boleh keluar bila2 ke? Gulp!! Cuak pulak ummi rasa. Tapi still excited nak jumpa baby. Terima kasih sayang sebab become a good baby inside my tummy :-* Moga Allah lindungi baby & ummi dari segala bahaya, kejahatan makhluk & dipermudahkan segala urusan kita semua, amiinn. 


Dah makin dekat ni, antara perkara penting yang perlu disiapkan adalah beg hospital baby & ummi. Dah kena stand by sebab nurse cakap usia kandungan 7 bulan ke atas baby dah boleh keluar anytime especially yang ada risk factor. Tambah pulak anak pertama. Mana tahu baby dah tak sabar nak lihat dunia ni. If anything happen & perlu immediately admit ward, sekurang2nya beg dah ready dalam kereta. Tak la kelam kabut nanti.

Maka bermula la episod packing memacking. Syukur pakaian baby ummi dah setelkan dobi awal2. Tinggal nak ambil bawak masuk dalam beg je. Hmmmm, nak bawak apa ye. Ya seperti biasa, mari kita meng'google'. Baca, compare, filter. Baca, compare, filter. Sesuaikan dengan situasi kita. Disebabkan ummi dah pun ada kat kampung & jarak rumah tok-wan dengan hospital kurang dari setengah jam, so ummi decide untuk bawak ni sahaja. Jom doa ummi dipermudahkan bersalin normal & kita boleh balik awal ye baby. InshaAllah :)


Beg baby
3 pasang baju
3 pasang sarung tangan/kaki
3 helai barut
3 helai napkin (untuk bedung etc)
1 helai tuala
10 keping pampers newborn
baby oil / mandian bayi head to toe / minyak yu yee
wet tissue peket kecil
topi 


Beg ibu
2 pasang baju (bergantung situasi hospital)
2 pasang kain batik
2 helai tudung
1 helai sweater
2@3 pasang stokin 
1 helai tuala
pad overnight
disposable panties
barang mandian
minyak angin
Al-Quran/surah Yasin
seluar bersalin MamaPride



Ok, dah siap alhamdulillah. Pam tu tak sure lagi nak bawak ke tak, macam perlu, macam tak perlu ;) Huuuu berdebarnya........dup dap dup dap. Moga Allah permudahkan amiinn :')

LIST BARANGAN BABY & MOMMY-TO-BE: APA YANG PERLU DIBELI?

Hai assalamualaikum semua mommies & bakal mommies :)

Hari ni nak share list keperluan barang baby & mommy ni. Alkisahnya masa belum ada list, asyik blurrr tak tau nak start dari mana beli barang baby ni. Gi shopping complex pun takat pandang2 belek2 je. Dalam hati terdetik, eh perlu ke ni, yang tu penting ke etc etc. Sebelum terbabas membeli, better diwujudkan check list sebagai panduan pada masa hadapan, hihu. Sangat membantu okeh. Lagi2 untuk 1st timer macam ceq ni. 

Setelah meng'google', jumpa list ni, syukurrrr. Paling simple & senang faham, plus almost complete di mata & hatiku. Daaaan, semestinya telah diubahsuai mengikut apa yang dirasakan betul2 PERLU sahaja. Semua yang rasa tak perlu, kena ada solid reason, baru rasa lega tak membeli, hihu. Apapun, lain padang lain belalang. Segalanya bergantung keperluan mommy2 sekalian. No worries ok? :)



To mommy-2-be especially those yang 1st timer:
Moh kita layan gambar & berkenalan secara ringkas dengan all items ni. Mostly, mmg barang2 ni kita dah tahu cuma sesetengah istilah/item tu mungkin kita tak familiar sebab tiada pengalaman kan :) Macam ceq pun, ada certain barang tu kena google dulu baru tahu camane rupa, fungsi & keperluannya.


CLOTHING
Tips khas:
-Baju berlubang2-sesuai hari panas
-Pelbagaikan saiz baju (newborn, 0-3M, 3-6M, 0-6M). Pengalaman beli baju, lain jenama, lain saiznya. Ada saiz newborn jenama A sama ukuran dengan saiz 0-6M jenama B. Maka, buatlah pilihan yang bijak & beli dalam kuantiti sederhana
-Barut-elak baby kembung. Elak beli jenis pelekat/velcro sebab bimbang terkena tali pusat@badan baby
-Bedung-elak baby terkejut/rasa selesa seperti dalam pelukan ibu (alternatif jimat: napkin)
-Topi-lindung ubun2 baby masuk angin terutama waktu malam/di luar
-Sapu tangan 100% cotton & lembut-lap sebarang tumpahan/guna sebagai bib
-Bib-elak baju baby basah semasa menyusu dll (alternatif jimat: napkin/sapu tangan)


DIAPERING & LAUNDRY
Tips khas:
-Diaper newborn-jangan borong dulu. Beli sepeket untuk bekalan awal. Tengok saiz baby, plus baby cepat membesar
-Napkin-beli sepeket sahaja untuk pelbagai guna jika tak plan nak pakai lampin berterusan
*Saya plan nak baby pakai lampin dalam tempoh berpantang & kemudian guna cloth diaper. Senang nak adjust bila baby dah besar sikit (big reasons pilih lampin & cloth diaper berbanding disposable diaper: jimat long-term usage & for safety reason) InshaAllah akan menyusul entri khas tentang kebaikan cloth diaper :) Saya beli lampin 3 peket (total 34 pcs)
-Diaper pant-untuk elak lampin bocor. Easy to handle. Boleh ulang pakai if tak kena yak. Cuma perlu bilas if kena tencing baby. Jemur sat tengah panas dah kering.
-Nappy liner-lampin tak cepat basah. Takdela sekali tencing dah kena tukar lampin. Minimumkan lampin kotor & senang nak basuh lampin if baby yak.
-Changing mat-elak tilam kotor/basah semasa salin lampin/selepas mandi (gambar terselit kat bawah)
-Wet tissue-lap yak baby (tapi digalakkan ada spray bottle jugak untuk bilasan selepas guna wet tissue & jaminan yang lebih bersih. Air kan sebaik2 alat bersuci. Dah tentu banyak hikmahnya)


BABY CARE, GROOMING & BATHING
Tips khas:
-Nasal aspirator-penting semasa bayi selsema
-Cotton balls-cuci tali pusat bayi
-Baby oil-berguna untuk bersihkan rambut bayi dll 
*Saya tak beli bedak & losyen untuk kurangkan penggunaan bahan kimia sintetik & bukan alami terhadap bayi (boleh google kesan buruk jangka masa panjang penggunaan bedak etc. Plus pengalaman lecturer sendiri cerita yang ada anak kawan dia dipakaikan losyen baby jenama XXX dari baby & pada usia 10 tahun didiagnos penyakit kanser tulang. Mungkin ada pelbagai faktor penyebab tapi dari segi amalan/konsistensi, losyen tu yang tak pernah miss pakai & dalam sel kanser tu sendiri memang banyak harmful chemicals dari losyen tu. Mencegah lebih baik dari mengubati. Makanan proses, produk kecantikan, barangan pencuci dsb memang tak dapat tidak ada bahan kimia. Jadi pengguna yang bijak dengan pilih bahan yang lebih alami/organik/less chemicals (cth: BPA free, PARABEN free, SLS free etc) & elak selagi boleh elak. Minimize minimize & minimize!)


NURSERY & FURNITURE
Tips khas:
-Tilam travel set-tak kisah tilam apapun cuma pastikan permukaannya rata. Sebab ada sesetengah tilam yang berlubang2 (macam sofa leather yang design lubang2 tu cara jahit dia) tak sesuai untuk tulang belakang baby
*Travel set ni RM90+sen2 saya beli, siap ada bantal karipap dengan comforter. Berbaloi2 kan? If tilam nipis sangat boleh double triple kan dengan comforter/toto. (Monolog: Takpe baby, takyah pakai yang kekabu la kan? Bila tak terlalu comfort, baby akan membesar lebih strong & survival, inshaAllah. Hope baby akan jadi baby yang mudah diurus, nak tidur kat mana2 pun senang dll. Amiinn)
-Bekas plastik-1 besar & 2 kecil (dah pesan kat diri sendiri, barang baby tak boleh lebih dari bekas ni. Untuk elak diri sendiri over shopping sebenarnya. Hihu)
-Playpen-pengalaman kakak, playpen lebih praktikal. Senang nak bawak ke mana2/alih2 dalam rumah. 
*Mula2 rasa macam bukan keperluan sebab nak anak tidur sekatil nanti. Tapi rupanya playpen ni bukan sekadar tempat baby tidur malam je. Bila ummi buat kerja rumah/nak gi toilet dsb, boleh train dari awal duduk dalam playpen ni. Takdela risau baby terjatuh katil etc. Bila baby dah besar sikit, boleh ubahsuai jadi tempat mainan baby. Nak beli lepas bersalin/habis pantang pun ok. Tapi ummi nak train dari awal la. Bila ummi bangun je dari katil, baby pun beralih dalam playpen ni. Boleh kan baby?hehe)
-Diaper bag-yang ni pun pakai beg design apa & nak guna bakul, drawer sekalipun boleh. Ikut mana keselesaan mommy2 semua. Yang penting, nak keluar ke mana2, ada bekas nak letak barang baby ni. 
*Saya beli yang ni sebab ada promotion. RM49 dapat set 5 in 1 ni. Ni pun berbaloi kan? Siap ada changing mat yang boleh lipat & bawak ke mana2. Pun boleh sangkut kat bahu or buat jadi sling bag. Design pun simple & cute. Dah pun selamat dirasmi jadi beg hospital baby & ummi, hihi)


FEEDING
Tips khas:
-Breast pump-mula2 fikir tak urgent sangat set breast pump ni. Tapi lepas baca pengalaman ibu2 lain, baru tahu banyak juga manfaat pam ni terutama di awal kelahiran bayi. Selain untuk rangsang penghasilan susu, ia juga boleh digunakan ketika ibu mengalami bengkak susu. Dengan pengeluaran susu yang teratur (memandangkan bayi tidur tak tentu masa), inshaAllah bengkak susu dapat dielakkan. Tapi setakat ni belum guna lagi pam ni. Lepas dah guna nanti, bolehlah buat review pasal pam Lacte Duet ni. InshaAllah :)


DELIVERY & CONFINEMENT
Tips khas:
-Seluar bersalin MamaPride-haa yang ni memang saya sangat menggalakkan ibu2/bakal ibu2 dapatkan seluar ni. Selain usaha kita untuk dapatkan doktor wanita ketika bersalin nanti, seluar bersalin patuh syariah ni amat membantu bagi ibu2 yang ingin menjaga aurat seboleh mungkin. Selain berguna ketika bersalin, seluar ini juga boleh dimanfaatkan sekiranya ibu2 ingin melakukan pemeriksaan pap-smear atau ketika menjalani sebarang prosedur perubatan berkaitan sakit puan. Bila dah ada alternatif, dah tak boleh beralasan tak boleh jaga kewajipan menutup aurat walau dalam situasi kecemasan seperti melahirkan khalifah Allah di muka bumi ini. Semoga niat & usaha kita diberkati Allah amiinn :)
-Pad-kakak kata tak perlu guna maternity pad. Untuk beberapa hari awal, overnight pad pun dah mencukupi. Selepas tempoh darah banyak tu keluar, dah boleh bertukar kepada pad biasa dalam tempoh berpantang.
-Seluar dalam pakai buang-yang ni pun digalakkan beli sebab awal2 nanti dengan darah nifas, jahitan lagi, jadi seluar dalam ni sangat memudahkan ibu2 untuk membersihkan diri. Boleh terus koyak je bahagian tepi, basuh sekiranya terkena darah dsb & boleh terus buang dalam tong sampah. Tak perlu bersusah untuk tunduk2, senget2 badan nak pakai seluar dalam ;)

Nak tengok senarai harga barang2 kat atas ni? Klik SINI :)

Sabtu, 6 Ogos 2016

BELANJA KELENGKAPAN IBU & BAYI: UKUR BAJET DI POKET SENDIRI

Assalamualaikum semua mommies & bakal mommies :)
Didoakan semuanya sihat ceria di samping keluarga tercinta..amiinn

Alhamdulillah boleh dikatakan selesai persediaan menyambut bakal si manja. Syukurrr.

Cuma yang tinggal kelengkapan berpantang ibu & termometer digital untuk kegunaan masa hadapan. Target inshaAllah nak dekat due hujung bulan September nanti atau selepas bersalin untuk setelkan. Memandangkan dah survey review2 pengguna set berpantang pelbagai jenama, ceq decide untuk tak ambil full set sebaliknya ambil loose item beberapa jenama (boleh refer dalam checklist di bawah). Dah tahu apa nak beli, so tak risau sangat if sediakan last minute. 

Sebenarnya dilema jugak masa nak start sediakan barang keperluan ni semua. Dah tentu yang menjadi kerisauan adalah bajet. Risau terbabas membeli. Risau tak dapat lengkapkan keperluan baby if bajet lari. Maklumlah pertama kali, jadi excitednya tu terlebih sikit. Especially tang menyopping baju. Tapi fikir banyak2 pun buat tambah stress. Better refer pengalaman insan sekeliling plus google pengalaman orang lain sebagai guideline. Memang sangat membantu. Once dah ada checklist, dah boleh survey2 harga pasaran terkini & buat bajet bawah kemampuan kita. Kenapa bawah kemampuan, tak ikut kemampuan? Sebab kena standby juga simpanan untuk baby pada masa hadapan. Dah boleh fikir & take action untuk buat tabungan khas baby. Apa2 kecemasan, tak la kelam kabut sebab dah ready awal2. Elakkan belanja selagi ada & paling elak berhutang. InshaAllah dipermudahkan. 


Untuk adakan bajet, cara saya, once tahu mengandung, walaupun masa awal2 tu belum nak beli barang baby, dah start ubah corak perbelanjaan bulanan keluarga untuk pastikan boleh buat savings. Segala duit bonus suami isteri etc, setelah tolak perkara yang betul2 penting (contoh: hadiah khas setiap tahun kepada ibubapa & mertua), selebihnya anggap macam takde je. Jangan fikir nak reward diri sendiri macam yang biasa diamalkan sebelum2 ni. Bila komitmen bakal ada, dah start boleh develop/sharpen sikap tanggungjawab dalam diri. Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya :')

Target asal 1k je sebab tak plan nak beli playpen & breast pump. Niat nak anak tidur dengan kita & direct breastfeed. Tapi ye la, bila tak ada ilmu, jadi semua ikut sangkaan sendiri. Sebenarnya after survey & pengalaman kakak sendiri, dua2 item ni sangat berguna. Cuma playpen tu takdela urgent mana. Lepas anak besar sikit pun boleh beli. Jadi bajet baby sahaja 1.6k plus minus. Hepiii sebab if tolak 2 items ni, memang tak sampai 1k pun untuk barang baby.

*Sorry baby sayang, bukan maksud ummi nak beli lebih kurang. Ummi belikan yang betul2 penting je, duit lebih kita invest untuk pendidikan baby or perkara yang lebih penting in future, ok sayang? XOXO!!!

Utamakan keperluan BUKAN kehendak. InshaAllah tak menyesal di kemudian hari.

Cuma akan datang, if nak ubah pun, saya nak ada pengalaman beli barang baby kat expo/warehouse clearance. Dengan syarat, bukan nak membeli sikit2, tapi sebolehnya nak beli A to Z. Maksud saya, if diberi pilihan awal2 dulu, samada nak beli barang baby ansur2 di pelbagai tempat atau beli semaksimum mungkin di satu tempat yang betul2 murah macam warehouse clearance ke, saya akan pilih yg 2nd. Setakat ni melalui pembacaan, warehouse clearance ni sangatlah murah compare dengan harga pasaran biasa. Jadi belian lump sump amatlah berbaloi2. Hanya keluar sekali duit minyak, tol, parking, makan, dah boleh dapat semua barang yang diperlukan. 

*Teringin nak gi Pureen Warehouse Clearance Sale tapi timing tak kena. Takde rezeki. Takpe next time, maybe bila baby dah membesar & baju semua tak muat dah, kita memborong everything. InshaAllah jika ada rezeki :)

Tapi if sekadar nak mencuci mata atau nak beli sikit2 kat tempat macam ni (unless sangat dekat dengan rumah), bagi orang stail macam ceq ni mesti tak sesuai. Mesti rasa tak berbaloi habis duit gi jauh2 tapi barang still tak lengkap. Better ulang-alik ke tempat yang dekat dengan rumah walaupun harga barang tak semurah masa expo/clearance camtu. Sebab tambah tolak kos sama je, cuma badan tak penat & fikiran tak stress sebab hajat tak kesampaian. 

Masa buat persediaan ni, memang kami suami isteri beli di tempat yang jarak dengan rumah 15 minit je. Kebetulan rumah sewa kami di Gombak & suami bekerja di Klang, jadi yang dekat2 rumah & if kedai tu ada sepanjang perjalanan pergi-balik kerja je singgah. Kebetulan jugak, sepanjang mengandung ni saya duduk di kampung (Temerloh), jadi sambil beli barang rumah/ada hal kat bandar, sekali harung beli barang baby. Yang keluar semata2 mencari barang baby sahaja boleh kira dengan jari. Ehh, tapi ada sekali gi Shah Alam untuk ambil playpen baby (sebenarnya free postage) tapi disebabkan memang dah plan sekali tu nak balik Gombak, cari barang kat sana jadi alang2 berjalan, tu melencong ke Shah Alam. Pastu melencong ke Sogo dengan harapan ada warehouse sale tapi takde. Yang ada mega sale tapi harga lebih kurang macam beli kat kampung je. Jadi sekali tu jela berjalan jauh. Pastu dah malas sebab tak nak rasa tak berbaloi =P

Huuu, bila dah meluah perasaan ni memang meleret2 jadinya. Maaf banyak2 jika ada sebarang kekurangan. Apapun, itu cuma lah pendapat & pengalaman peribadi saya. Tak semua cara kita bersesuaian dengan orang lain. Sebab lain orang, lain keperluan & lain situasinya. Apa yang penting, kita saling mendoakakan kebaikan antara satu sama lain. Itu yang terbaik. Yang baik dijadikan tauladan, yang tak baik dijadikan sempadan. 

Moga ada manfaatnya..amiinn. Jumpa lagi next time, inshaAllah. Tadaaaaaa! :)