Hai assalamualaikum semua :)
Bermula la sesi dobi mendobi pada minggu ke-30......
Part 1: Baju-seluar & bekas plastik barang baby
Target asal nk basuh sekali dgn sarung tangan/kaki, napkin etc. Tapiii, pancit di tengah jalan. Dah 7 bulan++, tak larat mencangkung dah. Even basuh baju & tukar2 posisi tak nak bagi lenguh, sejam++ jugak menyental & membilasnya. Phewww. Sambung esok pulak, lagipun ibu mengandung atau berpantang tak elok sejuk kena air lama2. Oh ya, kena bilas banyak kali sampai tak ada buih sebab kulit baby kan sensitif. Harusss berwaspada :)
*Sambung jemur dalam bilik sebab cuaca tak berapa panas hari ni. Cubaannnn.
Tapi yang syoknya, bilik semerbak bau baby. best best best!
----------------------------------------------------
Part 2: Sarung tangan/kaki, topi, tuala, sapu tangan, napkin
Rendam macam biasa dalam 30 minit hingga 1 jam. Teringat pasal merendam ni, memang betul lah segala baju/barangan yang baru perlu dicuci dulu. Air rendaman semua keruh, tak ada yang jernih. Ya lah, lagi2 yang nak pakai tu baby. Siannnn dak kecik tu if kena gatal2. Huuu :')
*Haaa, tu lah pencuci yang buatkan bilik bau babyyyy. PUREEN A-B-D. Harum mewangiii ;)
*Hari ke-2 mula2 cuaca panas terik. Hepiiiiinya la. Pastu nak dijadikan cerita, elok je terniat nak angkat baju petang tu, tak semena2 hujan lebat. Berlari2 la mak buyung ni menyelamatkan baju baby. Lembap jugak sikit. Maka, sambunglah lagi jemur dalam bilik. Yang tak menahannya, eh eh hujan berhenti pulak dah tak sampai 5 minit. Hujan bawaan angin je rupanya. Aduhai, bertabahlahhh. Mengeras je baby dalam perut sepanjang petang tu dek kerana ummi berlari2 ala marathon. Hew hew hew.
------------------------------------------------------
Part 3: Sarung tilam/bantal/comforter, barut, diaper pants & napkin putih
Selang 3 hari baru sambung mendobi. Cuaca panas alhamdulillah. Tapi disebabkan napkin banyak, maka cik mesin basuh ambil alih hihi.
Selingan:
Masa duk melipat2 baju baby, baru perasan yang kaler2 baju ni SEBIJIK tema kaler baju nikah/kahwin/bertandang ummi-abi. White-grey, yellow-brown, green :)
